Hari ini tanggal 30 Ogos 2009....

Alhamdulillah, kini genaplah sudah blogku ini berusia setahun. Ini bermakna sudah setahun jugalah diriku ini bergelar 'blogger'. Namun, diriku merasakan penulisanku belum matang seperti orang lain. Mengapa????
Hmm, ada yang bertanya, mengapa amaljihad? Mengapa 'ayunan kalam diperbatasan bicara'? Nak tau kenapa? Korang tengok lar sendiri entri2 sebelum ni.... Ada jawapannya... Heheh...
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pengunjung yang sudi menjenguk dan berkunjung ke teratak yang ntah ape2 ni.. Maaf juga sekiranya ada yang terguris hati, jantung dan limpa bila terbaca entri2 yang saya post ni. Huhu....
Kalu ada apa2 komen atau cadangan penambahbaikan, silakan je. Jangan malu jangan segan.. Kalau kalian segan, saya 10000 kali lagi segan. Nge....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam...
Ramadhan yang penuh barakah kini datang lagi. Inilah masanya untuk kita sama-sama mengoptimumkan ibadah kita serta mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNYA.
Mudah-mudahan kita akan memperoleh keberkatan dan pengampunan daripadaNYA serta terlepas dari seksa api neraka dan ditempatkan di dalam syurgaNYA kelak, Insyaallah...
Buat semua pengunjung dan pembaca blog amaljihad, selamat memanfaatkan Ramadhan kali ini kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat kita.
Semoga berjumpa lagi!
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 2
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, Pengalaman, program
Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t....
Lima hari sudah berlalu, menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Tidak banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan PBS siri 1 dahulu di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing, Pendang, Kedah. Nama depan sekolah pun sama-sama ada 'padang'. Huhu...
Dari pentadbir sekolah, guru-guru hinggalah ke staf sokongan... semuanya OK, semuanya baik dan semuanya mesra alam serta banyak membantu.
Namun, dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada jugak masalah yang kami hadapi, iaitu murid-murid PKBP yang tak bermasalah sangat dari aspek tingkahlaku. Ini mendatangkan masalah kepada saya dan tiga lagi sahabat saya dalam mencari dan menganalisis tingkahlaku murid yang perlu kami kaji untuk tugasan PBS dan tugasan KKBI kami! Alahai....
Sepanjang lima hari ni juga, kami turut diamanahkan untuk menggantikan kelas aliran perdana berikutan terlalu ramai guru yang tiada di dalam sekolah termasuklah guru besar SKPM, Encik Abdul Raki bin Abdullah (Hari Khamis baru jumpa beliau). Dari darjah satu hinggalah darjah lima. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk menggantikan kelas tahun enam. Almaklumlah, UPSR kan dah dekat. Kami ni pulak baru guru pelatih tahun pertama!
Agak mengejutkan bila 12 orang yang melaksanakan PBS di SKPM kali ni. Enam orang dari IPGM KPM, dua orang dari IPGM Kampus Ipoh, dua orang dari IPGM Kampus Perlis, seorang dari IPGM Kampus Raja Melewar dan lagi seorang dari IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Kalau dulu di SKPP hanya lima orang sahaja. Empat orang dari IPGM KPM dan lagi seorang dari IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Sinopsis :
Rayyan, seorang siswa yang meragukan hakikat kewujudan dan kekuasaan Allah. Hingga sempurnalah Rayyan yang dahulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa mahupun mengaji. Malah Rayyan lebih suka melakukan maksiat.
Dalam satu Forum Kesedaran, Rayyan mempengaruhi orang ramai bahawa Tuhan telah mati merupakan jalan terakhir menuju kedudukan 'Manusia Super'. Rayyan juga menegaskan bahawa Tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan falsafah yang sentiasa dipujanya. Ke mana-mana pun Rayyan akan berkata bahawa Allah sama sekali tiada. Bahkan Rayyan tidak percaya mana-mana tuhan.
Dalam masa yang sama, jauh di lubuk hati Rayyan, dia sentiasa gundah dan gelisah. Semakin lama jiwanya terasa makin tidak bahagia. Hatinya teramat kosong. Hidup Rayyan juga dirasakan tidak bermakna. Rayyan merasakan dirinya bukanlah manusia rasional yang sejati.
Pada hakikatnya, Rayyan semakin memikirkan hakikat Allah. Allah semakin dekat dalam hatinya. Allah tidak dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini Rayyan agungkan. Sesungguhnya Allah telah telah disematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.
Akhirnya, Rayyan kembali pada Islam selepas melalui kisah perit bersama Haikal, Ain Nadia dan Aini. Selama ini, Rayyan memperkecilkan bapanya sendiri. Namun ayahnya juga yang mampu menjawab persoalan yang mempertaruhkan keimanannya.
Harga : RM22.90 (Sem. Malaysia), RM24.90 (Sabah & Sarawak)
Pengarang : Lalu Mohammad Zaenudin
Penerbit : GLOBAL AKSARA COMMUNICATION
"Nama saya Aina Afiqah..." Farah terkejut. Bukan Aina, temannya yang dicari-cari selama ini. Mukanya segera diangkat. Memang sah. 'Aina' itu bukan Aina.
Hatinya kembali pilu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusinya semula. Dia merasakan kamar hatinya sekian lama semakin sepi .. dan suram. Sejak perpisahannya dengan Aina, dia mula menyepikan diri. Jiwanya kosong. Dia mahu mencari seseorang yang dapat mengubat hatinya serta menemani kekosongan yang ada.
Semalam, ada seorang pengawas datang ke kelasnya sewaktu program 'Sahsiah Pelajar' serta memberi tazkirah. Balqis Batrisya namanya. Katanya - Ubat yang paling mujarab sewaktu berada di dalam kesusahan ialah Zikrullah - Jadi, dia mengubat hatinya, membasahi lidahnya dengan berzikir... Ingat kepada Ar-Rahim. Mudah-mudahan dia akan kembali bertemu Aina. "Memang aku banyak kekurangan. Aku tidaklah secantik Ratu Balqis... dan Atiqah semasa zaman para anbia'. Kalau diukur ketabahan, aku tidaklah setabah Sumayyah dan Bilal bin Rabah. Dari segi keilmuan, aku tidak sebijak Saidina Ali dan Imam Shafie. Jika dari sudut keberanian pula, aku tidaklah sehandal dan setangkas Saidina Umar dan Saidina Hamzah. Dan kalau diukur dari semua aspek itu, aku rasakan diriku sangat rendah apatah lagi jika dibandingkan dengan Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah sepanjang zaman...." Farah jauh mengelamun.
"FARAH...!!!" kuat Mira menjerit, mengejutkan Farah dari lamunannya. "Ni, awak dapat surat, dari Paris," tambah Mira lagi, mesra.
"Paris...?" Farah cuba mengingat kalau-kalau dia ada sahabat di sana. Serasanya, dia tidak punya sahabat dari Paris.
"Farah lain kot..." Mira menafikan lalu menunjukkan surat yang dipegangnya. Farah dapat melihat namanya tertera di atas sampul surat itu - Mujahidah Farah Najiha Mokhtar - Farah cuba memikirkan siapa gerangan yang mengirimkan surat untuknya dari Paris....
...BERSAMBUNG...
Salam Ukhuwah Seluas Mahabbah...
Pada 26 hingga 28 Jun 2009, IPGM Kampus Perempuan Melayu melebarkan sayapnya ke lima buah IPGM Zon Tengah, sebagai wadah untuk percambahan idea, perkongsian maklumat, dan juga penanda aras untuk meningkatkan mutu kerja antara JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu dan kelima-lima IPGM Zon Tengah.
Lima IPGM yang dimaksudkan adalah:
- IPGM Kampus Pendidikan Islam
- IPGM Kampus Bahasa Melayu
- IPGM Kampus Ilmu Khas
- IPGM Kampus Teknik
- IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa
IPGM Kampus Bahasa Melayu
(Tempat ayah saya menimba ilmu suatu masa dahulu. Huhu....)
- Nabi Muhammad SAW -

Abu Ubaidah al-Jarrah, atau nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fahri al-Quraisy. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. adalah di antara orang yang terawal memeluk Islam. Seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang lain, beliau turut banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam menegakkan dan menyebarkan agama Islam.
Semasa menyertai perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa membunuh Abdullah, bapanya sendiri. Walaupun beliau cuba untuk mengelakkan diri dari terserempak dan bertarung dengan bapanya, namun sikap bapanya yang nekad untuk membunuh Abu-Ubaidah menyebabkan beliau terpaksa juga membunuh bapanya. Beliau bersedih dengan kejadian itu sehinggalah turunnya ayat dari surah al-Mujadalah...
"Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang Allah dan Rasulullah, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara ataupun keluarga mereka. Allah sudah menetapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-NYA. Merekalah penyokong agama Allah, ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."(Surah al-Mujadalah: ayat 22)
Abu Ubaidah turut menyertai perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Kemudian, beliau menyertai tentera Islam dalam perang Yarmuk pada tahun 13 hijrah yang dipimpin oleh Khalid bin Walid. Semasa perang ini tercetus, khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia dan Umar al-Khattab diangkat menjadi khalifah yang kedua. Kemudian, Khalifah Umar al-Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai Ketua Panglima untuk tentera Islam.
Seterusnya, beliau bersama angkatan tenteranya menakluk Kota Damsyik, Kota Fihl, Kota Baisan dan Kota Hims. Kemudian, perjuangan untuk menakluk Rom dan Parsi yang merupakan episod perjuangan yang dirancang semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi disambung pada zaman Khalifah Abu Bakar dan disempurnakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ini diteruskan dengan menakluk Kota Aleppo, Antakiah, Kota Ilia (pintu utama memasuki Al-Quds), dan akhirnya Baitulmuqaddis. Maka, Kota Syam terbentuk di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah.
Tidak lama kemudian, wabak taun melanda Syam. Ramai penduduk yang meninggal dunia. Abu Ubaidah al-Jarrah memaklumkan berita itu kepada Khalifah Umar al-Khattab yang berada di Madinah dan Khalifah Umar meminta Abu Ubaidah berpindah ke Madinah dengan harapan untuk melantik Abu Ubaidah sebagai khalifah selepasnya. Namun, permintaan itu ditolak oleh Abu Ubaidah berikutan lahirnya perasaan sayang kepada penduduk Syam. Pada tahun 640 masihi bersamaan 18 Hijrah, Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia kerana turut dijangkiti wabak taun tersebut.


