Rahsia Memotong Kuku

Posted by: Ana Mursyidah in

Islam adalah agama yang sempurna. Sekecil-kecil perkara hatta hanya memotong kuku turut diajar dalam Islam. Ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan diri. Walaupun memotong kuku dilihat seperti sesuatu ibadah yang remeh, namun ada kaedah yang tertentu yang harus kita ketahui.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang memotong kuku pada...

  • Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuklah kemiskinan.
  • Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuknya sihat.
  • Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuknya penyakit.
  • Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit.
  • Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada harinya dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, nak potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Nak potong kuku ada harinya. Selain itu, kalau nak buang kuku tu, mestilah ke tanah sebab kita juga adalah unsur tanah.


Satu lagi, mulakan potong kuku dengan Basmallah dan selawat ke atas Nabi Muhammad dan potong kuku bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, kelingking kaki kanan sampailah kelingking kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


BEGITU INDAHNYA ISLAM SEHINGGA MEMOTONG KUKU PUN DIAJARNYA APATAH LAGI YANG LEBIH BESAR DARI ITU........

This entry was posted on Wednesday, January 07, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment