Selamat Tahun Baru 2009 dan 1430H

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt...


Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana kedatangan awal tahun bagi takwim hijrah 1430 dan takwim masihi 2009 bersenggang dengan jarak yang sedikit sahaja iaitu 3 hari. Maka, dalam tempoh ini, berbondong-bondonglah datangnya mesej dalam bentuk sms mahupun YM yang dihantar oleh teman-teman dan saudara-mara.


Setiap kali datangnya tahun baru, soalan yang sudah sinonim dalam kalangan masyarakat kita ialah ‘apakah azam tahun baru?’… Biarlah kita mempunyai azam dan target kita tersendiri untuk tahun ini. Supaya kita mempunyai tujuan dalam hidup kita. Namun, janganlah pula kita berazam untuk tidak berazam… Bahaya banget tuh!!


Menjelang tahun 2009 ini, saya yang bakal menjejakkan kaki ke peringkat ijazah sarjana muda dalam profesyen perguruan. Sebagai elemen bakal guru yang akan mengajar dan mendidik generasi akan datang, saya harus memupuk minda kelas pertama (seperti yang sering dikatakan oleh Puan Fatimah Mustaffa) dalam pembangunan modal insan untuk menjadikan Malaysia sebuah tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Insyaallah…


Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mulakan azam kita untuk berkorban demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.


Buat adikku, Sarah Amalina... Study smart not only study hard. Moga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM tahun ini. Tak lupa juga pada adik-adik SHAMS semua especially aspurians.. Jangan jadikan taklifan sebagai penghalang untuk kalian beroleh kejayaan. Buktikan pada orang ramai bahawa kita mampu seiring antara kedua-duanya.


All the best for you all..

Ma'at taufik wan najah...

This entry was posted on Thursday, January 01, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment